Tuesday, September 8, 2009

Masjid Di Raja Bandar Klang Utara

Lokasi : Malaysia Tanah Air Tercinta
Mood : kagum dan bangga
Catatan : Baru balik dari terawikh di Masjid baru di tengah bandar Klang




Assalamualaikum w.b.t. dan selamat sejahtera. :))

Hari ini rasanya begitu semangat menjalani ibadah puasa.Mana taknya, tadi berbuka puasa di Hotel Goldcourse di Klang dan bersembahyang terawih di Masjid baru iaitu Masjid Di Raja Bandar Klang Utara yang terletak di tepi sungai Klang dan bersebelahan Hotel Goldcourse.

Tapi bukan bermakna kalau tak berbuka puasa di hotel dan tak berterawih di masjid baru saya tak bersemangat untuk menjalani ibadah puasa yee.. hehe.
cuma lebih sedikit la semangatnye tu :))



Ketika berbuka puasa tadi, macam-macam juadah telah disediakan. semuanya sedap-sedap belaka na..
Alhamdulillah la syukur kepada Tuhan atas rezeki yang telah dikurniakanNya kepada kami.





nak tengok antara juadah yang disediakan?





hehe. inilah dia antara juadah yang kitorang jamu tadi. siap ada lamb grilled lagi kat sana. memang rezeki la tadi. alhamdulillah..




hai kakngah, dah x sabar da ke nak berbuka? kalau tak sabar pun takyah wat muka camtu. hehe :p jangan marah. kak afzan sempat posing cantik tuuu.. :D



Align Center

mama dan ayah saya :)

Selepas berbuka puasa, kami bersembahyang maghrib di surau hotel dan kemudian terus ke Masjid Diraja Bandar Klang Utara. Memang cantik masjid baru tu. Kalau anda semua tengok pun agaknya kagum dengan keindahan senibina masjid tersebut. Bahagian dalamnya memang cukup luas dan cantik. Tapi kalau setakat cantik sahaja tak cukup. Harap-harap masjid itu diimarahkan lagi oleh penduduk yang berdekatan di situ. :))






pemandangan dalam masjid.






bergambar kenangan. me and kakngah :))




ana :)

lots of love,

ayuhussin

MALAYSIA

Thursday, September 3, 2009

Kurang Sebulan


Lokasi : Malaysia Tanah Air Tercinta
Mood : menghitung hari
Catatan : Berat tapi takpelah.






Penantian itu satu penyeksaan.



Memang! Aku terasa seperti sedang mengalami gelodak dalaman bak kata orang tidur tak lena, makan tak kenyang? Ye kot. :DD


hmmm. Kurang sebulan berada di Malaysia benar-benar menggugat hatiku tentang bagaimanakah hidup yang aku bakal hadapi di sana nanti. Adakah aku selesa atau tak?

Tapi aku memang kena selesakan jugak kan walau apa pun. insyaAllah. :)


Pada tanggal 28.9.2009 aku bakal berhijrah ke Mesir untuk ke sekian lamanya. Agak-agak berapa lama? hmm tak perlu bermain agakan la. Jawapannya 6 tahun. :-/

Tujuan hidup ke sana adalah lain tak bukan untuk menuntut ilmu yang dituntut oleh Allah kepada umat Islam. insyaAllah ilmu dunia dan akhirat.


Kos ape?


Kos medik iA dan nak blaja pasal agama untuk mantapkan lagi rohani. Orang kata, kat sana ada belajar sanad Al-quran? camtulah. nak dapatkan sanad tu iA.


Jalan yang bakal aku lalui bukan senang di mata aku. Banyak juga cabarannya. Tapi aku hanya berusaha dan akhirnya bertawakal kepada Allah s.w.t untuk memberi kekuatan kepada aku dan permudahkan segala urusan di sana nanti insyaAllah. Harapan yang aku bawa ni terasa menjulang tinggi tapi walau apa pun aku akan berkorban dan mencuba sehabis baik demi insan yang paling aku sayang dan selalu memberi sokongan kepada aku iaitu MAMA dan AYAH.

Mama dan Ayah tercinta :DD


Mama, Ayah. Ayu akan blaja leklok kat sana dan ingat pesan mama dan ayah ok? :)) insyaAllah.



Ameen..



Berada di Tanta, Mesir selama 6 tahun tanpa keluarga tersayang bagimanalah agaknya rasanya yeh? Mesti rinduuu...



Tapi....



Takpe, jihad di jalan Allah lebih mendapat keredhaannya. Ya, jihad. Sekarang baru aku belajar tentang erti berjihad. bagaimana sebenarnya berjihad fisabilillah.


Secara terus terang la kan, aku memang x pernah berpisah dari keluarga dari kecil. Aku tak pernah masuk sekolah asrama. Sepanjang aku bersekolah dulu, aku hanya bersekolah di sekolah harian. Berpisah pun dalam 2-3 hari camtu jek. itu pun sebab pergi perkhemahan sekolah dan program lain.


TUP!!



sekarang..6 TAHUN???!!



hmm boleh kot. Ya Allah permudahkan segala urusanku..


Andai jalan ini merapatkan aku kepadaMu dan menginsafkan diriku untuk lebih berserah kepadaMu,


aku akur dan rela berada di jalan yang telah ditetapkan Kau ini Ya Allah.


dan sesungguhnya jalan ini juga banyak menyedarkan aku tentang kebesaran dan keagunganMu Ya Allah Ya Rabbul Izzati..



Selamatkan dan lindungi kedua ibu bapaku, keluargaku dan rakan-rakanku disini.


Sayang dorang sangat Ya Allah...






Tuesday, September 1, 2009

KENANGAN DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA


Lokasi : Malaysia Tanah Air Tercinta
Mood : sangat merindukan
Catatan : 3 mei 2009 - 25 Jun 2009


inilah batch 2009 yang akan melanjutkan pelajaran di Mesir dalam jurusan medik,pharmacy,dan dentist.





Sangat terasa hati ini bila kita merindukan sesuatu kenangan. Betul tak?



Itulah yang melanda diriku sekarang. Aku rindu kenangan di UPM!! rinduu, rinduu, dan rinduuuu bangat.




Ana watuhashni awi!*bahasa Arab Ammi yang bermaksud saya rindu sangat!




Banyak jugaklah kenangan sepanjang kat sana. macam-macam yang berlaku yang menjadi kenangan abadi sepanjang hidupku. :DD



1. Tidur ketika letcurer sedang memberi letcure *terutama sekali waktu biochemistry yang memang susah nak faham subjek ni. p/s: bukan saya je ok. ramai juga yang tidur. huu. ampun ye Dr. XD
2. Pernah terjatuh ketika terpijak lubang ketika ontheway balik dari kelas bahasa Arab Ammi ke hostel. *sangat segan ketika itu. ohh tidakk. Pakngah nampak pulak. maluuunnyeee. (tutupmuka). dan juga student lain yang dapat 'free-free' tengok kejadian tu tapi hanya kaum hawa. nasiblah takde kaum Adam. fuuhh.

3. Ketika dalam Antomy Dissecting Hall, belajar pegang mayat, cium bau mayat yang diformalinkan, dan belajar anatomy mayat. *nilah paling best sebab dapat tgk mayat yang selalunya orang akan takutkan. hehe. memang menarik tapi frust jugak tak dapat capture gamba sebagai tnda menghormati si mayat. mayat pun kita kena hormat ok. :)




antara gambar-gambar kenangan untuk dikongsi :)faezah, rusnida, me :)
ketika berada di dalam kelas bahasa Arab Ammi oleh Encik Zuhair Ali (dari Iraq)

me, huda
dalam DKU (dewan kuliah utama)


Dr. Ayu, Dr. Amira, Dr. Rusnida :p


lots of love,

ayuhussin

MALAYSIA






ENTRI PEMBUKAAN


lokasi : Malaysia Tanah Air Tercinta
mood : biase-biase sahaja :)
catatan: ayuhussin


ENTRI PERTAMA

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. :)) inilah entri pertama saya. fuuhh. akhirnya keinginan untuk melahirkan satu lagi blog tercapai jua. (tahniah la cik ayu oii)


Tapi blog ini adalah sebagai satu platform dimana saya meluahkan perasaan saya sepanjang perjalanan hidup saya sebagai seorang mujahidah tak kira saat saya berada di Malaysia atau di mana sahaja. Baiklah.

Blog ini adalah untuk tatapan mama dan ayah saya yang tersayang. Along,kakngah dan juga kembar saya,Boy. untuk para sahabat yang mengenali saya dari saya tadika sehingga lah pada saat ini. kepada guru-guru (kalau ada) dan kepada sepupu-sepupu, sedara-sedara dan pembaca blog yang menziarahi dan menjadi followers di blog saya yang tak seberapa ini.

*senang cerita, semua orang je la yu oi. tapi bagus jugak sebut satu-satu tanda menghargai. :) hehe

p/s: untuk sahabat91, korang jadilah followers saya. saya sangat menyayangi kalian :D


kenanganbersamaofamily

lots of love,
ayuhussin
MALAYSIA